Menu
Sari Gaya tabiranRencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Gaya yang terumum untuk sari adalah untuk sarinya dibalut di keliling pinggang, dengan hujung longgar dipakai ke atas bahu, mendedahkan perut.[1] Meskipun, sari dapat ditabirkan dalam berlainan gaya, walaupun sesetengah gaya memerlukan sari dengan panjang atau bentuk khusus. Penyelidik sari dan ahli antropologi budaya Perancis, Chantal Boulanger, menkategorikan tabiran sari dengan keluarga berikut:[8]
Gaya nivi adalah gaya sari yang termasyhur hari ini. (Dongerkerry K. S. 1959).[9]
Tabiran nivi bermula dengan satu hujung sari disisip ke dalam selendang pinggang pada petticoat. Kainnya dibalut di keliling bahagian bawah badan sekali, kemudian dikumpul tangan ke dalam ikatan kain seimbang hanya di bawah pusat perut. Ikatan kain juga disisip ke dalam selendang pinggang petticoat.[9] Mereka mencipta suatu kesan yang lemah lembut dan berhiasan yang para penyajak telah menyamakan dengan kuntum-kuntum bunga.[9]Selepas satu lagi pusingan di keliling pinggang, hujung longgar ditabirkan ke atas bahu.[9] Hujung longgar digelarkan pallu atau pallav. Ia ditabir secara pepenjuru di hadapan torso. Ia dipakai di sepanjang pinggul kanan ke atas bahu kiri, separuhnya mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.[9] Pusat perut dapat didedahkan atau ditutupi oleh pemakai dengan adjusting pallu, terpulang pada pemuatan kemasyarakatan di mana sari dipakai. Hujung panjang pallu digantung dari belakang bahu sering dihiaskan secara teliti. Pallav dapat sama ada dibiarkan bergantung bebas, disisipkan di pinggang, digunakan untuk menutup kepala, atau hanya digunakan untuk menutup leher, dengan mentabirkannya di sepanjang bahu kanan juga. Sesetengah gaya nivi dipakai dengna pallu ditabirkan dari belakang terhadap ke hadapan.Sari Nivi dimasyhurkan melalui lukisan Raja Ravi Varma.[10] dengan modifying sari Indian selatan digelarkan mundum neriyathum.Dalam salah satu lukisannya subbenua India telah ditunjukkan sebagai seorang ibu memakai nivi saree mengalir.[10]
Sari dipakai oleh wanita di sepanjang Bangladesh. Mereka mempunyai banyak perbezaan serantau Sari dalam sutera dan kapas. Tetapi Kapas Jamdani Tanta/Taant, Dhakai Benarosi, sutera Rajshahi, Sari Tangail Tanter, sutera tashar dan Sari Katan sebagai yang masyhur di Bangladesh. Pelakon masyhur Aishwarya Rai dan Madhuri Dixit memakai Sari Dhakaiya Benaroshi dalam lagu "Dola re Dola" dari filem "Devdas".
Di Pakistan, pemakaian sari menjadi kurang umum daripada yang lebih tradisional shalwar kameez yang dipakai di sepanjang negara. Sari meskipun menjadi pakaian masyhur sewaktu fungsi rasmi seperti perkahwinan.[11] Sari kadang-kadang dipakai sebagai pakaian seharian, kebanyakannya di Karachi, oleh wanita yang lebih tua yang pernah memakainya sewaktu sebelum pemecahan India[12] dan oleh sesetengah generasi baru yang telah memperkenalkan semula minat sari.[13][14] Alasannya mengapa sari kehilangan kemasyhuran di Pakistan, adalah oleh kerana ia dianggapkan sebagai pakaian Hindu. Walaupun dia memakainya,[12] Fatima Jinnah, "Ibu Negara", memanggil sari "tidak patriotik" dan isteri bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf menyatakan dia tidak pernah memakai pakaian itu.[15]
Wanita Sri Lankan memakai sari dalam banyak gaya. Meskipun, dua cara pada tabiran sari adalah masyhur dan kelihatan lebih kepada menguasai; gaya India (tabiran nivi klasik) dan gaya Kandyan (atau 'osaria' dalam bahasa Sinhala). Gaya Kandyan pada umumnya lebih masyhur di daerah bahagian bukit Kandy dari mana gayanya mendapatkan namanya. Walaupun kelebihsukaan tempatan memainkan suatu pernan, kebanyakan wanita berkeputusan pada gaya tergantung pada kelebihsukaan peribadi atau apa yang dianggap sangat memuji pada tubuh mereka.
Gaya Kandyan (Osaria) tradisional terdiri dari blaus penuh yang menutupi bahagian torso dekat pinggang secara keseluruhan, dan secara separuh disisipkan di hadapan seperti dilihat dalam potret abad ke-19. Meskipun, bercampur gaya telah membawa kebanyakan pemakai mendedahkan bahagian pinggang dekat torso. Ekor akhir sari diikat secara rapi daripada mengalir bebas. Ini lebih mirip dengan roset ikatan kain digunakan dalam gaya 'Dravidian' dinyatakan terdahulunya dalam rencana ini.
Gaya Kandyan dianggapkan pakaian kebangsaan wanita Sinhala. Ia adalah Seragam pramugari Sri Lankan Airlines.
Di Nepal, suatu gaya khas pada tabiran digunakan pada sari digelarkan Haku patasi. Sari ditabirkan di keliling pinggang dan selendang dipakai menutupi bahagian atas sari yang digunakan untuk menggantikan "pallu".
Menu
Sari Gaya tabiranBerkaitan
Sari Sarimah Ibrahim Sari Yanti Sarimah Ahmad Sari kata Sarikei Sarit Hadad Sarin Sarikei (kawasan persekutuan) Saribas (kawasan negeri)Rujukan
WikiPedia: Sari http://www.atimes.com/atimes/South_Asia/IB23Df03.h... http://www.himalmag.com/southasia_this_week/southa... http://www.hindu.com/2005/12/28/stories/2005122805... http://www.hindu.com/mag/2004/10/24/stories/200410... http://www.hindu.com/thehindu/mag/2004/10/24/stori... http://www.iht.com/articles/2005/04/27/opinion/edd... http://lifestyle.iloveindia.com/lounge/banarasi-sa... http://living.oneindia.in/expressions/sari-craze.h... http://www.dailynews.lk/2005/03/12/fea07.htm http://www.a108.net/index.php/gallery/album/49-/